Ujian Microsoft Powerpoint

23 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Oktober 2019, staff Pusat Internet Batang Maro telah mengadakan ujian Microsoft Powerpoint kepada para peserta lelaki sekolah rendah yang telah berkali-kali menghadiri kelas Microsoft Powerpoint sebelum ini. Objektif utama ujian ini diadakan adalah bagi melihat kemampuan dan menguji tahap kefahaman para peserta dengan modul-modul Microsoft Powerpoint yang telah diajar kepada mereka.

Petugas telah memberikan tajuk slide Peribahasa Melayu kepada peserta dan mereka ditugaskan untuk memperlihatkan daya kreativiti dan daya mencari maklumat dengan menyiapkan tugasan itu dengan hasil diri sendiri. Para peserta dilihat begitu memberi perhatian dan bersungguh-sungguh dengan ujian tersebut. Diharapkan pada masa akan datang, lebih ramai lagi yang berminat dan menyertai kelas-kelas ICT yang diadakan di Pusat Internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali